• amimo

  • Kandungan

  • Kategori

  • Archive

  • Flickr Photos

    Photonic Symphony

    Kuifmees / Crested Tit / Mésange huppée

    6922

    More Photos

Saya

Terima kasih kerana sudi melawati laman blog saya ini. Laman blog ini ditulis untuk menyumbang sedikit pengetahuan tentang fizik dan astronomi.  Saya tidaklah membincangkan fizik yang lebih mendalam melainkan hanya yang berkait dengan peringkat SPM dan STPM sahaja. Begitu juga dengan bidang astronomi.

Bidang astronomi merupakan hobi saya, dan saya tidak mempunyai latihan formal mengenainya melainkan mempelajarinya melalui buku-buku dan laman-laman web.

Oleh kerana saya adalah seorang guru fizik di sekolah menengah, bidang fizik asas merupakan kebolehan saya sejak mula mengajar pada tahun 1997 sehingga kini.

DSC_0427 Dilapangan akademik saya memulakan pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Buloh Poh Ketereh Kota Bharu kelantan. Kemudian menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra Pengkalan Chepa Kelantan. kemudian menyambung pelajaran ke peringkat universiti di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) kemudian di tukar nama kepada Universiti Putra dalam jurusan fizik.

Nama saya ialah Aminuddin Mohamad. (email: amidaa1073@yahoo.com), bertugas sebagai guru. Oleh kerana telah menjadi guru maka pangkal nama selalu di panggil Cikgu, ada yang memanggil Cikgu Amin dan ada juga yang memanggil Cikgu Din.

Pengalaman Mengajar

1997-2004 1. First Posting Di Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Bandar Baru   Serting Bahau Negeri Sembilan.Mengajar subjek Fizik dan Matematik Tambahan tingkatan empat dan tingkatan lima.

2. Pertama kali memasang teleskop Dobsonian bersama-sama bantuan pelajar-pelajar aliran Sains Tulen

3. Pada tahun 2001 tepilih mewakili sekolah untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara dan mendapat tempat yang kedua peringkat kebangsaan.

4.Pada tahun 2002 Kelab Astronomi (Astronomi Interest Group-SMKBBS) ditubuhkan.

2005-2008 1. Bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi Kuala Krai Kelantan. Mengajar subjek Fizik Tingkatan Enam Atas dan Bawah.

2. Menubuhkan Kelab Astronomi dengan nama Astronomy and Physic Interest Group SMKP.

3. Memasang dan membina teleskop Dobsonian 8” .

2009 1. Bertugas Di Sekolah Menengah kebangsaan Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan
2009 1. Bertugas Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sering Kota Bharu Kelantan
2010 1. Bertugas Di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gaffar Kota Bharu Kelantan.

2. Jun 2010 kembali semula bertugas di Ulu kelantan, di Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi

umoh_707 Me and My wife.

Tempat saya mengajar: Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi (SMK Pahi)

 

 

 

 

%d bloggers like this: