• amimo

  • Kandungan

  • Kategori

  • Archive

  • Flickr Photos

    Ephemeral Lights II.

    Aporia Crataegi...

    Curved Trees

    More Photos

World Metrology Day – 20 May 2015

Hari Metrologi Sedunia disambut pada 20 Mei 2015, bagi memperingati konvensyen meter yang di hadiri oleh 17 negara pada 20 Mei 1875. Konvensyen merupakan titik tolak kepada konvensyen pengukuran-pengukuran yang digunakan hari ini.

World Metrology Day – 20 May 2015.

New Space Launch System: NASA’s Giant Rocket

See how NASA's new mega rocket, the Space Launch System, measures up for deep space missions in this SPACE.com infographic.
Source: SPACE.com: All about our solar system, outer space and exploration

Saat Lompat !

image

Mungkin kita tidak pernah dengar istilah saat lompat.Namun tahun ini(2012) pada 30 Jun 2012 pada 23 J 59 m 59 s UTC, kita perlu menunggu satu saat lagi untuk menjadikannya 24J 0m 0s[1]. Kebiasaannya rakyat awam sedia maklum tentang tahun lompat yang mempunyai hari yang ke 29 pada setiap tahun lompat. Umumnya boleh menerima kaadaan tersebut.

BIMP memperkenalkan sistem saat lompat ini mulai tahun 1972 lagi. Ini kerana pada tahun 1970an komuniti antarabangsa telah menerima definasi saat berdasarkan ayunan atom Caesium. Dengan itu masa tradisional 24 jam dikira semula berdasarkan ayunan atom Caisium ialah 86 400 saat atomik.

Saat Lompat ini diperkenalkan atas permintaan komuniti International Telecommunication Union (ITU). Justeru sama-samalah kita semak jam yang kita pakai, pukul berapa sekarang?

Rujukan:

[1] BIPM BIPM – leap second

Kecerahan Langit

Kecerahan langit merupakan ukuran kehadiran cahaya disekitar kubah langit/Jumantara. Kecerahan langit secara amnya terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu kecerahan pada waktu siang dan kecerahan pada waktu malam. Langit merupakan lapisan tak berwarna yang mengelilingi permukaan Bumi yang di kenali sebagai atmosfera. Atmosfera pula merupakan bahagian utama yang menentukan cuaca sesuatu permukaan Bumi. Sifat atmosfera yang berubah-ubah mengikut longitud dan latitud Bumi, dan ketinggian permukaan Bumi. Halangan utama sumber cahaya dari ruang angkasa untuk sampai ke permukaan Bumi ialah atmosfera. Didalam atmosfera mengandungi awan,habuk,perbezaan ketumpatan,perbezaan tekanan dan pergerakan (turbulance) yang mengakibatkan berlakunya sinaran,serapan,pemesongan cahaya yang masuk(serakan dan pembiasan) dan mengurangkan koheren cahaya yang dikumpul. Serakan dan pembiasan ini menjadikan langit berwarna warni dan unik. Serakan (serakan Rayleigh) menyebabkan langit berwarna biru, pembiasan menjadikan kaki langit berwarna seperti mana spektrum cahaya nampak.

Kecerahan langit dapat di kategorikan kepada tiga fasa, kecerahan maksimum (waktu siang), fajar dan malam (kecerahan minimum). Waktu siang (cumulative time during which an area receives direct irradiance from the Sun of at least 120 watts per square meter)ialah masa dimana cahaya matahari memenuhi ruang lingkup(latar belakang) atmosfera dengan melenyapkan sumber-sumber cahaya yang selain dari matahari,kesan serakan cahaya pada lapisan tinggi atmosfera menjadikan langit berwarna biru,kecerahan langit pada waktu siang merupakan kecerahan yang maksimum. Malam ialah masa apabila matahari berada di bawah horizon,cahaya matahari dihadang oleh permukaan Bumi yang sebelah lagi.Permulaan malam berubah-ubah mengikut musim,latitud,longitud dan zon masa.Kecerahan langit malam adalah disebabkan oleh air glow, zodiacal light,sunlight,moonlight,aurorae,light pollution,unresolved star and galaxies and thermal emission.

Alat yang digunakan untuk mengukur kecerahan ini lazimnya ialah mata kasar yang mempunyai sensor yang sensitif terhadap cahaya. Namun mata kasar mempunyai kelemahnanya yang tersendiri seperti faktor usia dan faktor kesihatan. Pada masa kini alat lain yang lebih konsisten telah di gunakan untuk menentukan kecerahan seperti tindak balas kimia di dalam filem dan penyerapan foton di dalam fotometer.

Definasi Kecerahan

Kecerahan B, ditakrifkan sebagai jumlah tenaga cahaya (luminosity,L) yang di kumpulkan dari permukaan objek yang bersinar.

clip_image002

Di mana A ialah luas permukaan untuk objek yang bersinar. Unit ukuran untuk kecerahan ialah W/cm2.

Kecerahan Dalam Astronomi

Manakala di dalam bidang astronomi kecerahan di nyatakan dalam unit magnitud. Magnitud bintang mula digunakan oleh Hippharchus. Kaedah yang digunakan ini menganggapkan:

  1. Jarak kedudukan bintang adalah pada kedudukan yang sama
  2. merujuk kepada hanya satu-satu titik bercahaya(Bintang).

Justeru setiap butir bintang dibandingkan kecerahannya.Hipharchus membahagikan skala kecerahan ke pada 6 skala. Di mana skala 1 ialah bintang yang paling terang dan skala 6 ialah bintang yang paling malap. Skala ini merupakan perbandingan kecerahan berdasarkan kepada Julat nampak(V-Band) mata kasar. Setelah pengetahuan mengenai mata bertambah maju sistem magnitud ini juga telah mengalami penambahbaikan dengan membahagikan sistem ini kepada dua iaitu Magnitud ketara,m (Apparent Magnitude), Magnitud mutlak dan M(absolute magnitude).

Magnitud Ketara,m.

Asalnya ialah sistem yang diubah suai dari sistem magnitud Hippharchus. Sistem ini mengambil kira

  1. Jarak kedudukan bintang yang berbeza-beza
  2. LM (Limiting Magnitude) @ Magnitud Terhad terhadap mata pencerap
  3. merujuk kepada sekumpulan objek yang bercahaya di satu-satu kawasan

Jika skala Hippharchus berskala 6 magnitud ketara pula berskala 5. Dengan itu untuk mengetahui sesuatu magnitud ketara pada satu-satu kawasan pencerap haruslah mengira bilangan bintang yang nampak dan dibandingkan dengan pencerap yang lain.

Namun begitu Pogson pada tahun 1854 mehubungkan magnitud ketara dengan satu rumus

clip_image004

Magnitud mutlak,M

Oleh kerana kedudukan bintang yang berbeza-beza sudah tentu akan berlaku bintang yang sebenrnya terang menjadi malap apabila dilihat dari Bumi dan Bintang yang malap menjadi terang apabila di lihat dari tempat yang sama. Magnitud mutlak memberikan nilai luminosity yang sebenar yang dipunyai oleh satu-satu bintang pada jarak 10 parsec dari Bumi.

Dengan itu kecerahan dapat dibandingkan dengan tidak bergantung kepada jarak satu-satu bintang.

Mengambil kira hubungan secara matematik ianya diberi sebagai:

clip_image006

Dimana DL ialah jarak dalam parsec.

Kecerahan permukaan,S (surface Brightness)

Oleh kerana kecerahan pada waktu malam disumbangkan tidak hanya oleh bintang sahaja malahan galaksi dan objek lain selain bintang. Adalah tidak sesuai jika kecerahan hanya di ukur hanya bersumberkan bintang sahaja.

Oleh kerana sumber yang bercahaya adalah begitu banyak sekali, kecerahan langit malam sebenarnya ialah jumlah kesemua sumber cahaya tersebut tertimpa keatas satu luas tertentu. Kecerahan ini di takrifkan sebagai kecerahan permukaan,S.

Hubungannya di beri sebagai :

clip_image008

Dimana m ialah magnitud ketara dan A ialah luas kawasan yang terlibat. Manakala unit untuk mengukur kecerahan permukaan ialah mag/arcsec2.

Penggunaan kecerahan permukaan sebagai ukuran kecerahan langit di gunakan dengan lebih meluas setelah bidang astronomi berkembang di dalam cabang fotografi dan fotoelektrik. Dengan itu lebih banyak peralatan telah di cipta untuk membuat pengukuran kecerahan dengan lebih tepat.

PNGK STPM

PANDUAN PENENTUAN GRED UJIAN ATAU PEPERIKSAAN

PRA U SMK PAHI, KUALA KRAI KELANTAN

 

Sistem Penggredan Kertas

 

Peratus Markah Kertas

Gred Kertas

Nilai Gred

Kertas

(NGK)

80 – 100

A

4.00

70 – 79

A –

3.67

60 – 69

B +

3.33

55 – 59

B

3.00

50 – 54

B –

2.67

45 – 49

C +

2.33

40 – 44

C

2.00

35 – 39

C –

1.67

30 – 34

D +

1.33

25 – 29

D

1.00

0 – 24

F

0.00

Contoh Pernyataan

MATA PELAJARAN

KERTAS

PERATUS MARKAH KERTAS

GRED

KERTAS

NILAI GRED KERTAS

960 FIZIK

1

53

B-

2.67

2

65

B+

3.33

3

85

A

4.00

4

90

A

4.00

 

 

 

Sistem Penggredan Matapelajaran (NGMP, Nilai Gred Matapelajaran)

image

– Gred mata pelajaran adalah ditentukan oleh markah purata yang dikira berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas bagi mata pelajaran berkenaan.

image

Rumusan gred matapelajaran

image

Kerja Projek

image

Pengiraan (PNGK(CGPA), Purata Nilai gred Kumulatif)

Didapati ada tiga keperluan pengiraan PNGK yang berbeza:

   (a) PNGK pelajar (PNGK yang dicatat pada sijil STPM)

   (b) PNGK sekolah (PNGK untuk tujuan pebandingan antara sekolah-sekolah)

   (c) PNGK SPA (PNGK untuk tujuan perkhidmatan awam)

 

1. PNGK pelajar di kira berdasarkan empat matapelajaran terbaik yang diambil oleh calon sahaja.(Sekiranya Pelajar mengambil 5 Subjek maka 4 subjek terbaik termasuk PA di ambil kira untuk mendapatkan PNGK individu pelajar)

image

 

PNGK = 14.10/4 = 3.53

 

Syarat Pemberian Sijil STPM/(LULUS)

Lulus dengan Prinsipal mana-mana satu mata pelajaran yang diambil oleh calon

2. PNGK sekolah

Dahulunya PNGK sekolah di kira dengan mengambil kira semua subjek yang telah di ambil oleh semua pelajar di sekolah berkenaan (Sumber: HC3 JPN kelantan). Dengan kaedah ini ianya dapat mengurangkan bilangan pelajar yang mengambil lebih daripada 4 matapelajaran.

Kini (2016-…………)pengiraan PNGK sekolah adalah bergantung hanya kepada purata jumlah PNGK yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di sekolah berkenaan.

%d bloggers like this: