• amimo

  • Kandungan

  • Kategori

  • Archive

  • Flickr Photos

PNGK STPM

PANDUAN PENENTUAN GRED UJIAN ATAU PEPERIKSAAN

PRA U SMK PAHI, KUALA KRAI KELANTAN

 

Sistem Penggredan Kertas

 

Peratus Markah Kertas

Gred Kertas

Nilai Gred

Kertas

(NGK)

80 – 100

A

4.00

70 – 79

A –

3.67

60 – 69

B +

3.33

55 – 59

B

3.00

50 – 54

B –

2.67

45 – 49

C +

2.33

40 – 44

C

2.00

35 – 39

C –

1.67

30 – 34

D +

1.33

25 – 29

D

1.00

0 – 24

F

0.00

Contoh Pernyataan

MATA PELAJARAN

KERTAS

PERATUS MARKAH KERTAS

GRED

KERTAS

NILAI GRED KERTAS

960 FIZIK

1

53

B-

2.67

2

65

B+

3.33

3

85

A

4.00

4

90

A

4.00

 

 

 

Sistem Penggredan Matapelajaran (NGMP, Nilai Gred Matapelajaran)

image

– Gred mata pelajaran adalah ditentukan oleh markah purata yang dikira berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas bagi mata pelajaran berkenaan.

image

Rumusan gred matapelajaran

image

Kerja Projek

image

Pengiraan (PNGK(CGPA), Purata Nilai gred Kumulatif)

Didapati ada tiga keperluan pengiraan PNGK yang berbeza:

   (a) PNGK pelajar (PNGK yang dicatat pada sijil STPM)

   (b) PNGK sekolah (PNGK untuk tujuan pebandingan antara sekolah-sekolah)

   (c) PNGK SPA (PNGK untuk tujuan perkhidmatan awam)

 

1. PNGK pelajar di kira berdasarkan empat matapelajaran terbaik yang diambil oleh calon sahaja.(Sekiranya Pelajar mengambil 5 Subjek maka 4 subjek terbaik termasuk PA di ambil kira untuk mendapatkan PNGK individu pelajar)

image

 

PNGK = 14.10/4 = 3.53

 

Syarat Pemberian Sijil STPM/(LULUS)

Lulus dengan Prinsipal mana-mana satu mata pelajaran yang diambil oleh calon

2. PNGK sekolah

Dahulunya PNGK sekolah di kira dengan mengambil kira semua subjek yang telah di ambil oleh semua pelajar di sekolah berkenaan (Sumber: HC3 JPN kelantan). Dengan kaedah ini ianya dapat mengurangkan bilangan pelajar yang mengambil lebih daripada 4 matapelajaran.

Kini (2016-…………)pengiraan PNGK sekolah adalah bergantung hanya kepada purata jumlah PNGK yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di sekolah berkenaan.

139 Responses

  1. Salam cikgu , kalau pengajiam Am C- dapat sijil tak ? 🥺 mohon pencerahan 🙏🙏

  2. Cgu,kalau pam sem1-D,sem2&3-F,kk-A.tu mcm mana?dpt ke sijil.

  3. Cikgu klw pengajian am GRED D+ boleh dpt sijil stpm ke

  4. salam cikgu..saya nk tanya klau sem 1 pengajian am saya B- tpi sem 2 : F dan
    sem 3 : D kerja kursus saya A ?? saya masih layak untuk mohon Universiti k?

  5. Assalamualaikum Cg. Sy nak tanya.. biasanya, peratusan markah bg stiap ngmp Yg ditetapkan oleh mpm sntiasa berubah ke? Maksud sy, contohlah sy punya peratus utk subjek pengajian am bg P1, P2, P3 dan KK ialah 70%, ada kemungkinan ke sy Blh dpt A utk pam.. brdsrkan jdual Yg Cg sdiakan di atas, A utk pam (4.00) ialah bermula dgn 80% – 100%. Adakah mpm Yg akan turunkan peratus jika soalan Yg diberi masa exam itu dgn karate soalannya tv susah? Terima kasih Cg.. doakan sy & kwn2 sy Yg lain dpt result cmrlang nnt Cg..

  6. Assalamualaikum Cg, biasanya peratus brdsrkan ngmp mpm tetap ke? Atau sentiasa beubah-ubah? Biasanya klw dpt peratus 70% tu utk ketiga-tiga sem dan gabung dgn kerja Kursus, Blh dpt A ke? Klw mcm jadual d atas, nak dpt gred A, peratus mesti 80% – 100% .. mcm mna tu ye Cg? Cg, doakan sy dan kawan- kawan sy Yg ambil stpm 2018 yang akan kluar result ulangan 1 & ulangan 2 minggu dpn spy kami dpt result Yg terbaik ya Cg.. terima kasih Cg..

  7. Assalamualaikum, cikgu. saya masih lagi pljr stpm semester 2. Saya ingin bertanya, jika result sem 2 nnti keluar. result trsebut akan mencampur markah ujian bertulis dan kerja kursus secara satu kali? ataupun markah kerja kursus hanya akan di kira pada tahun yg akan datang(semasa dapat keputusan keseluruhan)? mksud saya selepas sem 3. saya harap cikgu dapat bantu mnjwb soalan sya. terima kasih

  8. assalamualaikum cikgu nak tanya… keputusan saya bru2 ni saya dapat PA C+, GEO C+, EKO C-, SEJ C- . keseruluhan stpm 2.00 .. dan saya mohon UMS cara minual saya hantar borang.. mcm mn tu cikgu layak saya diterima dengan kepusatan yang saya dapat atau tidak?

  9. Cikgu Amimo, saya pelajar lepasan STPM 2017. PA saya C- sahaja, semasa saya mahu mengisi pilihan saya dalam upu online, ia tidak memberi sebarang pilihan, saya tahu saya tidak melepasi syarat am, tetapi kan encik cakap sebelum ini ada pelajar macam saya ini telah berjaya menerima tawaran, adakah pelajar itu mengisi pilihannya semasa rayuan? Adakah saya hanya boleh mengosongkan 12 pilihan saya kepada UPU sahaja kerana saya tidak boleh mengisi sebarang courses?

  10. Cikgu, nak tanya andai PNGK STPM die 2.00 tapi pengajian Am nya C- 1.67 adkh dia blh memohon Utk IPTA atau memohon Jawatan SPA bagi peringkat Diploma.. Mhn pencerahan

  11. Cikgu, nak tanya andai PNGK STPM die 2.00 tapi pengajian Am nya C- 1.67 adkh dia blh memohon Utk IPTA.

  12. Assalamualaikum cikgu, kalau pointer stpm saya 1.92 layak atau tidak saya sambung degree ?

  13. cikgu nak tanya jika gred saya bg PA ialah 1.96..dan gred keseluruhan stpm saya lebih 2.00 bolehkah saya dpt UA??

  14. Sekiranya saya gagal pengajian am.. Adakah sijil saya akan diberi?

  15. Assalammualaikum cikgu. Saya nak tanya.. kalau sem 1 dan 2 saya smua subjek dpt B.. dan sem 3 saya dpt 2 A 2 C.. dah total smuanya sem 1 dpt 3.08, sem 2 dpt 3.08 dan sem tiga dpt 3.0 ada harapan ke pointer saya lepasi 3.25 ? kk saya pun dpt A

  16. cikgu nak tanya. is that posssible continue degree if we got fail on subject pengajian am?

    • it is totally depends on the “syarat” and “pra-syarat” given by the university (public or private)

  17. Assalamualaikum cikgu, saya ingin bertanya. Adakah jika salah satu sem bg sub peng am gagal akan menggagalkan kesuluruhan stpm?. Lagi satu soalan , saya mendapat d+ peng am sem 2, manakala sem 1 saya mendapat c+ dan sem 3 b-, adakah keputusan peng am saya yang akhir akan gagal atau lulus sebahagian, serta adakah saya layak memohon ipta?

    • A1. Tidak
      A2. Mungkin lulus penuh… kerana PA dikira berdasarkan P1,P2,P3 dan P4.
      A3.Kelayakan ke IPTA bergantung kepada syarat-syarat khusus yg ditentukan oleh IPTA berkenaan..

    • Pointer saya dalam stpm 1.92 dalam 4 subject saya dapat 1c+ 2c- 1C…. layak tak Sambung degree

  18. cikgu sekiranya saya gagal subject Pengajian AM adalah saya tak layak untuk degree di IPTA?

  19. Assalamualaikum. Saya nak tanya, adakah syarat wajib lulus stpm ialah lulus subject pengajian am? Dan andai tak lulus, adakah sijil stpm diberi?

  20. Assalamualaikum cikgu . Saya mengambil 5 subjek dlm stpm dimana subjek tambahan adalah sej. pada penggal 1 , ekonomi saya dpt keputusan baik , berbanding penggal 2 dan percubaan penggal 3 . utk sej, penggal 1 saya tidak berapa baik , namum penggal 2 dan percubaan penggal 3 saya baik , soalan saya, sejarah penggal 1 atau ekonomi penggal 1 yg digunakan untuk mengira pngk .. sbb saya taknak kalau keputusan sejarah penggal 2 dan penggal 3 (akan datang) tidak dikira begitu juga ekonomi penggal 1 .. namun saya ada juga mengulang kertas ekonomi penggal 2 . macam manakh pengiraan nya ya ? terima kasih

    • Pngk diambil kira daripada jumlah keseluruhan markah peperiksaan penggal yang terbaik bagi 4 subjek..

  21. Assalamualaikum cikgu .. Saya nak tanya, kalau calon gagal menghantar kerja kursus, jadi dia dikira tidak mengambil satu kertas bagi subjek tersebut. Apa akan jadi pada keputusan keseluruhan dia? Adakah dia akan gagal subjek tersebut? Harap cikgu boleh membantu saya menjawab soalan ini. Terima kasih.

    • Berdasarkan pengalaman sekolah lain, hanya markah kerja kursus shj yang tiada, manakala markah lain tidak terjejas

  22. Assalamualaikum
    Cg nk tnya.. Sy gagal menghantar kk bm penggal 2.. Adakah sy akan memperoleh ipta? Dan adakah sbb kegagalan ni seluruh result stpm sy musnah? Sy gagal menghantarnya kerana ayah sy stroke ketika itu dan sy tidak dapat menumpukan perhatian terhdp pljrn sy.. Hrp cg blh bantu sy

    • Salam,
      Cg harap Miya dapat pastikan isu ini dengan menelefon sendiri MPM. Cg tidak mempunyai maklumat mengenai KK BM. Semoga Miya tidak berputus asa. Didoakan juga agar ayah Miya cepat sembuh.

  23. Salam cg..sy nak tnye..pengiraan ni mmg same ke dgn mpm kire ? Klau pointer keseluruhan dpt 3.67(cntoh) mknenye yg tu ke result kita?

    • kaedah pengiraan disini hanyalah anggaran sahaja. Yang dikeluarkan oleh MPM adalah muktamad

  24. Salam cikgu, untuk subjek PA, penggal 1 B+ penggal 2 B+ penggal 3 A PBS A. Adakah saya berpeluang untuk mmperoleh A dlm subjek PA?

    • Salam Mia, harap Mia dapat baca komen-komen Cg sebelum ini, dan dapat membuat pengiraannya

  25. Selepas dapat result stpm sebenr ,boleh tak saya nk ambil peperiksaan ulngn bgi subjek yg gagal?

  26. saya dapat 4.00 je

  27. Saya nk tnye bolh tk saya repeat stpm slps dpt result keseluruhan?

  28. ckgu nak sya nk tnya je, sya agak musykil sdkt dgn mrkh ekonmi stpm 2015 .seorg rkn sya penggal 1 ekomi dia dpt c+ dan penggal 2&3 dia dpt F. keja kursus dia dpt A. kslrhn dpt c+. dan seorg rkn sya bgtu juga, smua mrkh dlm penggal 1,2,3 ekonmi dia dpt F ttpi krja kurus dia dpt A. kslrhn dpt D?? sdgkn ada pljr lain yg ggl smua pggl ttp krja kurss eknmi dia A ttpi ttp F. agk tdk adil.

    • shahyana, keputusan akhir sebenarnya bergantung kepada markah sebenar yang diperolehi pada setiap penggal. Harap dapat baca ulasan cg tentangnya sebelum ini…

  29. salam. tahu tak peratus wajaran utk subjek geografi?

  30. Cikgu, biasa keputusan ulangan penggal 3 akan diumum pada bulan apa? sempat tak untuk kita untuk memohon IPTA?

  31. Cikgu saya nak tanya mcm mana calon yg mengambil ulangan penggal 3 ingin memohon kemasukan ke um kerana keputusan ulangan 3 adalah selepas tarikh tutup permohonan..

    • utk sebarang permohonan ke UA/IPTA adalah menggunakan keputusan “rasmi STPM”, tanpa mengambil kira keputusan ulangan 3.

  32. Ckgu sye nak tahu markah and gred skrg still same dgn yang atas ke ?

  33. Ckgu , sye nak tahu markah gred di atas still same ke smpai skrg ?

  34. Hi cikgu, adakah kerja kursus diambilkira dlm markah semester? Atau sepenuhnya markah peperiksaan sahaja? E.g. kerja kursus Math T sem 1 dlm GPA sem 1.

    • Hi Zoe, kerja kursus MT tidak diambil kira untuk markah semester, hanya markah peperiksaan shj. Markah untuk tiga kerja kursus akan diambil kira untuk keputusan penuh STPM nanti.

  35. Assalamualaikum cikgu..klau sya dapat D dalam sej penggal 3 perlu ke saya ulang sedangkan sej P1 sya dapat A P2 B+ PBS sya dapat A..mohon lencerahan

    • Salam,
      little Me, untuk mengulang atau tidak bergantung kepada gred akhir yg dikehendaki. Jika inginkan gred A, maka cg berpendapat little Me perlu ulang dan mendapat gred B+ dan ke atas.

  36. Assalamualaikum cikgu.. saya perlu pendapat cikgu. Saya pelajar stpm 2014/2015. Sy ambil 5 subjek iaitu pa,bm,geo,sejarah dan tambahan seni. Pd penggal 2, saya dapat pa-B, bm-B+, sejarah-C+,geografi B-,seni- A. Pada pendapat cikgu, subjek apa yang saya perlu ulang? Saya sebolehnya mahu ulang 3 subjek sahaja.Boleh tak kalau saya tak ulang sejarah?

    • Wsalam,
      Pada pandangan Cg, x perlu ulang sejarah pun boleh.Untuk mengulang kita perlu pertimbangkan 1.Objektif kita 2.Keupayaan kita (pilih subjek yang paling dipercayai akan mendapat gred yang lebih tinggi) dan jangan lupa bahawa kita perlu bersedia juga untuk penggal 3.

  37. Cikgu mcm mna nk tau kiraan ksluruhan lps ulangan sem 3..xpndai nk kira la ckgu…

  38. cikgu, saya memang byk soalan ttg sistem stpm baru ni…
    sy pelajar stpm 2014,
    keputusan stpm penggal 3 sy ada satu subjek dapat c- dan wajarannya cuma16% tapi sy ambil ulangan juga…
    jika sy ulang subjek tu, keputusan keseluruhan sy keluar bila? bulan march ke atau bulan april? kalau bulan apr, stm pemohonan ke u termasuk um dan usm telah tutup pada 06 apr, maka masa tu sy tak dapt kpts lagi, macam mana sy blh pohon ke u?

    • Jika mengulang cheng yee boleh dapatkan pengesahan keputusan dgn menghubungi sendiri MPM

      • cikgu, pohon ke usm dan um hanya boleh isi sekali jeh~ macam mana?

      • Cheng Yee perlu dapatkan pengesahan dari USM dengan menelefon sendiri USM

      • cikgu, kalau geo1=A- (32%) geo2= A (32%) geo3= C- (16%) geo4= A (20%)…maka average akan dapat berapa? ada peluang dapat A ke subjek geo sy?

      • cheng yee perlu kira dengan menganggapkan peratus markah minima bagi setiap matapelajaran, darabkan dengan wajaran mengikut penggal, kemudian tambahkan nilai markah wajaran tersebut, kemudian skalakan dengan NG. kaedah ini memberikan nilai minima CGPA. manakala untuk nilai maksima, pula perlu di kira dengan menganggapkan peratus markah maksima setiap matapelajaran

      • okok thanks cikgu
        sy pernah kira dengan menggunakan markah minimum dan sy dapat jumlah sebanyak 75 ke atas… kalau guna markah maksimum sy akan dapat 80 ke atas…
        tapi sy cuma risau masalah pohon ke usm dan um… sebab kpts ulangan p3 keluar pada 08 april tapi tarikh tutup pemohonan ialah 06 april… xtau nak macam mana…

  39. salam. mengikut pengiraan di atas,kan jumlah PMK darab wajaran dapat 72.14.. dapat A- 3.67.. kalau jumlahnya 53.45? apa anggaran NGMP nya ya?

    • cahaya ilahi boleh rujuk tulisan di atas

      • yang mana ya? saya tak jumpa pun di atas. kalau C-,C+,B+, KK A=??

      • Harap dapat kira sepertimana langkah yang telah di cadangkan di atas, dan nilai tersebut hanyalah anggaran shj sbb peratus markah setiap penggal tidak di ketahui

  40. Assalamualaikum Cikgu..

    dlm Bahasa Melayu STPM..
    sem1 saya dapat B+, sem2&3 adalah A dan PBS semuanya A..
    Tapi benarkah markah keseluruhan dpt A-..

    Sy target A utk bm..inshaallah..
    terima kasih.. :)..

  41. Kalu p1 B p2 f n p3 B /kja krsus A…rasa2 nya…apa kptsn kslrn…sya bingung mcmna nak kira…

  42. Salam admin..sedikit kemusykilan disini…penggal tiga p.a saya mndpt A (4.00),wajran bagi pggl trsebut adlah 29,mggunakan kaedah cikgu,saya mendapat markah wajaran kurang dari 29 walaupun markah penuh iaitu A yg saya dpt…bukankah sepatutnya saya mendapat markah wajaran 29,adakah proses pengiraan cikgu ini memotong markah wajaran sepatutnya,yg sekiranya ditambah 29,22,29,20 menjadi 100,,jika sya mendapat A bulat secra keselrhan pun mrkah 100 tidak mgkin sya dpt menggunakan Kaedah ini,guru saya mengemukakan cara pengiraan yg berlainan,yg menepati wajaran,(pointer subjek bhagi 4 darab wajaran)
    ..mohon penjelasan..

    • Utk mendapatkan markah wajaran 29, “Peratus markah” pd penggal 3 mestilah 100 % , ini kerana dengan hanya mendapat 4.0 , Julat markah ialah 80 hingga 100, ini bermaksud Jika pelajar A mendapat peratus markah 80% pelajar ini akan mendapat 4.0, begitu juga jika pelajar B mendapat peratus markah 100% juga mendapat 4.0. Apa perbezaan diantara pelajar A dan B? ….., utk membezakannya maka peratusan markah kertas perlulah di skalakan kepada wajaran; dimana pelajar A mendapat markah wajaran 23.2 (wpun 4.0) dan pelajar B mendapat markah wajaran 29 (pun 4.0)

  43. salam cikgu, saya nak tanye.. result pengajian am penggal 1 saya B, penggal 2 B+ , pengggal 3 C- & pbs A, patut tak saya mengulang? Dan kalau saya tak mengulang ape result akhir saya bg subjek pa?

  44. Assalamualaikum..mohon minta bantuan penjelasan..sya mndapat pointer stpm baru2 ini sebelum ulangan penggal 3 sbnyak 2.92 .kemudian saya ulang krtas bm p3 y mndapat c+ dan alhamdulillah bjaya mndpt A stelah mengulang krtas bm trsebut.namun yang mnjadi tanda tanya mengapa slip stpm saya y diperolehi dri sekolah 24/4/2015 y lalu tertulis bahawa saya msih lg perolehi pointer 2.92 utk kseluruhan?harap membantu.terima kasih;(

    • Haiza, cg tak dapat membantu dalam kes ini, harap haiza dapatkan penjelasan terus dengan pihak MPM, semoga haiza tidak melengah-lengahkan tindakan, semoga berjaya

  45. Cikgu Pengajian Am saya, P1 A ,P2 B, P3 A-, P4 A = B+, bagaimana cara sebenar pengiraan pointer bagi setiap subjek, Terima kasih Cikgu 🙂

    • Cahaya HazelEyes, cara ‘sebenar’ pengiraan adalah seperti yang telah cg tunjukkan dalam posting ini, cuma julat peratus markah sebenar adalah dirahsiakan oleh MPM, maksudnya gred A bermula pada berapa peratus markah tidak didedahkan oleh MPM. dan gred keseluruhan adalah bergantung kepada peratus markah sebenar(Jumlah Markah) bukan kepada gred. Jumlah markah tidak didedahkan seperti mana peperiksaan awam lain.

      • Terima kasih cikgu :), cikgu saya ada kekeliruan juga, kawan saya m’dpat ( Pengajian Am ) p1 C+, p2 A-, P3 A, P4 A = A-…

      • Cahaya HazelEyes, utk pahamnya kita lihat julat markah C+ ialah 45-49 (andaian) manakala Julat markah B ialah 55-59 (andaian) jika pelajar A mendapat 49 peratus(maksimum) dia dikira C+, jika pelajar B mendapat 55 peratus(minimum) dia dikira B, perbezaan peratus diantara pelajar A dan B ialah 6 peratus. dengan itu pelajar A boleh mengatasi pelajar B berdasarkan julat peratus ini pada kertas berikutnya.

      • Terima kasih cikgu atas penjelasan yang cikgu berikan 🙂

  46. Adakah cara ini diperolehi daripada mpm?

    • Tidak secara terus dari MPM cuma berpandukan daripada panduan-panduan yang telah digariskan didalam manual yang di terbitkan oleh MPM

      • Oleh itu, adakah cara in sah digunakan ataupun kemungkinan sahaja? Terima kasih atas bantuan tuan.

      • ianya sah digunakan untuk kegunaan dalaman, untuk peperiksaan awam di mana markah sebenar tidak di dedahkan kaedah ini tidak boleh di gunakan, ini bermaksud setiap calon hanya boleh mengira CGPA setelah keputusan keempat-empat kertas di keluarkan.

  47. sy ingin penjelasan trhdp masalh sy ni…PA sem 1 dpt c-,sem 2 dpt c- jugak n sem 3 dpt F..kerts kerja PA dpt A…adakah sy principle dlm matapelajaran PA…sy buat ulangan bg subjek ni tp markahnye same jew…x berbalui sy repeat subjek ni…sy repeat jugak bg sem 3,tp takut result dia same jew…macam mane tu

    • Principle atau tidak, tak dapat ditentukan dengan tepat kerana markah kertas subjek tidak diketahui, sebagai paduan bolehlah dirujuk didalam tulisan diblog, secara tepat tidaklah dapat ditentukan, Cg harapkan markah ulangan nanti lebih baik

  48. kenapa result ulangan penggal 1 n 2 sama dgn yg asal…x dek perubahan sikit pom…semua kwn sy mcm tu..

  49. Harap admin tolong!!!! btulkah pengiraan pointer pd asalnya mengikut markah mentah setiap sem yg student sendiri x tahu???
    contoh markah mentah :
    SEJARAH sem 1 ( B ) 60/80 markah + sem 2 ( B ) 42/60 markah + sem 3 ( B ) 63/80 + PBS (A) 53/55 …60+42+63+53 = 218 /275 x 100 = 76.3 % ( A-) so pointernye 3.67.

    • Cg tak dapat nak confirmkan perkara itu, panduan yang disediakan adalah dengan andaian “jika wajaran dirujuk kepada markah satu-satu kertas”

  50. nak tanye wajaran bagi seni bagaiman pula….

    • hannah, sila rujuk “peraturan dan skema pemarkahan” yang boleh di’download’ dari laman web MPM

  51. mcm na kita nk tau peratus markah kertas tu sedangkan yg keluar cuma pointer?

    • ramiza, cuma MPM yang tahu yang diberitahu hanya nilai gred kertas (NGK/pointer)

  52. adMin . saya mau tanya macamana kira markah keseluruhan termasuk markah PBS ? cth . p1 : 3.00 p2: 1.00 p3: 1.33 kerja kursus : 2.67 . ?

    • lolli, setiap PBS mempunyai format yang pelbagai, perlu dirujuk kepada ‘manual sukatan pelajaran’

  53. adakah cara pengiraan ini digunakan untuk kira pointer stpm 2013?

  54. macam mana dengan wajaran untuk ekonomi,p.perniagaan dan sejarah?

  55. salam, camana nak kira ye ? tak faham la, contoh kempat-empat subjek saya dapat 2.00 . berapa pointer keseluruhan saya ?

    • 2.0 + 2.0 + 2.0 + 2.0 jumlahnya 8.0 bahagikan dengan 4 (sbb 4 subjek) dan = PNGK 2.0 lah

  56. Maksud cikgu saya perlu dapat gred untuk setiap kertas iaitu kertas 1 c+ dan kertas 2 juga gred c+???

  57. tanya lagi admin…betul kr 25% sudah lulus dan 40% sudah princpl….macam terlalu rendah pula ,….sebab sekolah saya dulu 40% baru lulus dan 56% ke atas baru pricpl…..

    • Ianya bergantung kepada sekolah masing-masing kerana sebab-sebab teknikal tertentu yang diputuskan oleh pentadbiran sekolah

      • PA S1 2.67, S2 f, S3 1.33 & KK 4.00
        PA dpt apa cg

      • nilai gred tak dapat di jangka dengan nilai gred semester, nilai gred akhir ditentukan dari jumlah markah sebenar

  58. saya tanya admin…sekirannya pengajian am kita tak prncpl ..tetapi yang 3 subjk lain principl …adakah kita dapat melanjutkan pgajian ke peringkat ijazah …dan tolong jelaskan sekali lagi bagaimana wajaran sesuatu subjk dengan menggunakn contoh subjk pengajian am…

    • Pada prinsipnya PA (kertas 1 n Kertas 2) mestilah principal C+ dan ke atas barulah dapat melanjutkan pelajaran ke IPT Awam.

  59. bolehkah saya
    melanjutkan pelajaran ke perngkt ijazah sekiranya hanya mendapat 2 prinsial sahaja?

  60. Tolong tanya ya admin , benarkah hanya 4 mata pelajaran terbaik akan diambil kira dalam sistem STPM baharu ?
    Kenapa tak dapat black and white yang ditulis oleh MPM ? Terima Kasih 😀

    • Jwp 1: seperti mana yang diterangkan dalam blog saya bahawa hanya 4/empat mata pelajaran terbaik termasuk PA sahaja yang akan diambil kira untuk pengiraan PNGK/CGPA STPM.
      Jwp 2: sistem pengiraan PNGK telah pun dijelaskan oleh MPM sebelum ini. STPM baharu merujuk kepada sistem pengajian dan silibus yang dimurnikan.

      • Kalau pa 1 dpt 3.00, pa 2 dpt 3, pa 3 dpt d+, pa 4 dpt A-.mcm mana nk kira?

      • yje, dengan hanya nilai gred kertas , sukar utk dikira dengan tepat

      • Saya nak tanya cikgu hope dapat tolong . Sekiranya pengajian am saya semesta 2 saya dapat F . Tapi semesta 1 n 3 adalah dalam C atau C+ . Nanti markah akhir saya akan dapat C tak cikgu ?

Leave a reply to shahyana Cancel reply