• amimo

  • Kandungan

  • Kategori

  • Archive

  • Flickr Photos

    A bellezza di a natura (C☺rsica)

    JWL5932 Mountain Hare..

    Black and Gold

    More Photos

1.9 Koordinat Samawi

Para Ahli Astronomi melakarkan garis bayangan secara tegak dan mendatar pada sfera langit sama seperti garis tegak dan garis mendatar pada permukaan Bumi. Garis-garis ini dilakarkan agar ahli Astronomi dapat menentukan objek di langit dengan mudah, dan berkongsi mengenainya dengan ahli astronomi yang lain.

Sekarang ini terdapat 4 jenis sistem koordinat langit (samawi) yang dipraktikkan

a. Sistem koordinat ufuk (horizontal coordinate system)

b. Sistem koordinat khatulistiwa (equatorial coordinate system)

c. Sistem koordinat ekliptik (ecliptical coordinate system)

d. sistem koordinat galaktik

e. Sistem koordinat supergalaktik.

Sistem koordinat yang digunakan ini bukan sekadar sistem untuk menentukan kedudukan sesuatu bintang ataupun galaksi, ianya juga menggambarkan perkembangan ilmu astronomi itu sendiri.

Sistem koordinat ufuk

Sistem koordinat ini merujuk kepada pencerap sebagai rujukan, dengan ini ianya bermaksud pencerap menentukan ufuknya sendiri, Dan ufuk di sekeliling pencerap ini dianggap sebagai suatu satah(hamparan). Sistem koordinat ini juga di kenali sebagai sistem azimut-altitud. Sistem ini lebih praktik untuk aktiviti kelab. Azimuth di ukur menggunakan iaitu 0° hingga 360°, dengan utara ialah titik rujukan sebagai 0° dan sudutnya bertambah mengikut putaran jam dengan timur ialah 90° dan selatan ialah 180°. Altitud diukur dengan menggunakan 0° hingga 90°, kedudukan 90° (titik tegak di atas kepala) dinamakan titik Zenith. Titik Zenith juga ialah merupakan kutub langit kepada sistem koordinat ini.

Sistem koordinat Khatulistiwa

Sistem koordinat ini menjadikan Bumi sebagai rujukannya. Khatulistiwa Bumi diunjurkan ke infiniti menjadikannya sebagai khatulistiwa langit ataupun satah rujukan, manakala kutub Utara Bumi diunjurkan ke infiniti juga menjadi Kutub Utara Langit, dan ianya dirujukkan kepada satu bintang yang kelihatan tetap sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan Kutub Selatan langit, ia adalah unjuran daripada Kutub selatan Bumi. Sistem ini menggunakan sistem RA (Right Ascension),a dan Declination,d.

RA diukur menggunakan nilai 0j sehingga 24j. Manakala 0° hingga +90°, declination untuk kutub Utara Langit dan 0° hingga -90° untuk Kutub Selatan Langit.

Terjemahan kepada Bahasa Melayu adalah seperti berikut, RA di terjemahkan sebagai Jarak Hamal(Aries) dan Declination diterjemahkan sebagai Sudut Istiwa.

Dengan itu titik sifar, 0j Jarak Hamal (JH)/RA adalah merujuk kepada titik awal Hamal (first point of Aries) yang mengambil titik bilamana Matahari bersilang dengan Khatulistiwa Langit, iaitu pada bulan Equinox bulan Mac.

clip_image002[1]

Sistem Koordinat Ekliptik

Sistem koordinat ini berbeza dengan sistem koordinat khatulistiwa dengan tiga ciri utama:

a. Kutub Utara Langit condong ke kiri sebanyak 23° 27’ daripada sistem koordinat khatulistiwa

b. Kutub Selatan Langit condong ke kanan sebanyak 23° 27’

c. Satah rujukan ialah satah Ekliptik.

Ekliptik ialah garis bayangan laluan matahari. Koordinat sistem ini juga menggunakan Jarak Hamal dan Sudut Istiwa.

Sistem Koordinat Galaktik

Sistem ini menjadikan sistem solar sebagai satah rujukan dan satah dengan nilai 0° ialah garis yang diunjurkan dari Matahari ke arah pusat Bima Sakti. Kedudukan satah rujukan ada kedudukan satah Bima Sakti.

Sistem Koordinat Supergalaktik

Sistem ini menganjukan agar satah rujukan adalah satah yang mempunyai bilangan galaksi yang lebih padat.

One Response

  1. 1 darjah 4 minit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: