• amimo

  • Kandungan

  • Kategori

  • Archive

  • Flickr Photos

    Photonic Symphony

    Kuifmees / Crested Tit / Mésange huppée

    6922

    More Photos

1.5 Kenali Buruj

Bagaimana mahu mengenali Buruj ?

Buruj yang terdapat pada permukaan langit sentisa berubah mengikut musim. Perubahan ini adalah disebabkan oleh orbit Bumi yang mengelilingi Matahari.

Kerana terlalu banyaknya corak yang dapat di lihat di permukaan langit masyarakat Melayu tidaklah dapat menamakan semuanya. Justeru sebagai kajian kita terpaksa juga mengambil corak dan nama daripada tamadun yang lebih awal/lebih maju.

Justeru kita maklum akan kelemahan itu, maka perlulah digunakan carta bintang yang digunakan di pasaran dengan sedikit penyesuaian atau kita boleh menggunakan perisian percuma yang digunakan dengan meluas didalam internet.

clip_image002

Rajah 1: Carta Bintang

Pun begitu lebih jika sekiranya di carikan bahan bercetak(carta bintang) untuk tatapan, kerana ia lebih mudah untuk di kaji. Pilih carta bintang yang akan menjadi rujukan, kemudian fokus kepada buruj yang ingin dicerap.

clip_image004

Rajah 2 : Pada carta bintang tersebut fokuskan kepada buruj yang dikaji

Carta bintang disediakan didalam mana-mana buku astronomi yang kita beli dari kedai Buku. Gunakan carta bintang tersebut untuk kita kenalpasti bintang-bintang yang paling terang, kemudian hitamkan di atas kertas dengan bintang-bintang yang paling terang tersebut. Plotkan corak buruj yang terbentuk.

clip_image006

Rajah 3 : Hitamkan di atas kertas putih Bintang-bintang yang paling cerah bagi buruj tersebut

clip_image008

Rajah 4: plotkan titik supaya menjadi corak sepertimana dalam carta bintang

Buruj yang dilukis ialah buruj Bajak ataupun Ursa Major. Selepas memplotkan bintang tadi bolehlah keluar ke padang atau tempat mencerap untuk mencari sususan bintang sperti yang telah dilukis.Untuk buruj-buruj yang lain juga mestilah dilakukan perkara yang sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: