• amimo

  • Kandungan

  • Kategori

  • Archive

  • Flickr Photos

    A bellezza di a natura (C☺rsica)

    JWL5932 Mountain Hare..

    Black and Gold

    More Photos

1.4 Penggunaan Carta Bintang

Carta Bintang (Planisphere) ialah alat yang menunjukkan buruj dan bintang yang kita lihat pada waktu malam. Carta Bintang perlu digunakan jika kita ingin mencerap bintang atau Buruj. Dengan sedikit pengetahuan tentang bintang pun kita akan mudah menggunakan carta Bintang.

Carta Bintang

Terdapat pelbagai jenis carta bintang yang di jual secara online, tetapi sebagai penduduk yang berada begitu hampir dengan khatulistiwa (equator) Bumi maka kita haruslah mencari carta bintang yang berorientasikan latitud tempatan. Ini kerana fizikal Bumi yang merupakan sfera.

Sebagai contoh carta Bintang Australia tidak sesuai di gunakan oleh penduduk Eropah , kerana Australia berada di hemisfera selatan yang mana buruj-buruj yang terbit di hemisfera selatan tidak sama dengan buruj yang terbit di Hemisfera utara.

Binaan Carta Bintang

Carta Bintang jenis ini terdapat dua sudut pandangan:

  1. Langit dilihat merujuk ke Kutub Utara
  2. Langit dilihat merujuk Ke Kutub Selatan

clip_image002

clip_image004

Carta Bintang ini terdiri dari dua bahagian utama:

  1. Sampul – Bahagian berwarna hitam
  2. Cakera kertas – boleh diputar mengikut arah jam atau lawan jam

clip_image006

Kedua-dua bahagian ini di rivetkan pada bahagian tengahnya.

Sampul

Pada tingkap sampul terdapat terdapat garisan dan titik yang bertanda kuning.

  1. Titik kuning menandakan waktu tempatan (dari 6 ptg hingga 6 pagi)
  2. Garisan melengkung berwarna kuning, adalah garis tengah langit (meridian) yang menghubungkan kutub timur ke Barat. Dan pada garis ini juga terdapat satu titik yang berada di tengah-tengah langit yang di istilahkan sebagai Zenith.

clip_image008

Cakera Kertas

Pada cakera kertas dicetak maklumat tentang bulan(Jan-Dis) dan pada setiap pecahan bulan tersebut di tandakan dengan skala yang lebih kecil yang menunjukkan bilangan hari pada setiap bulan tersebut.

clip_image010

Cara Penggunaannya

Sebagai contoh, Jika kita ingin mencerap langit

  1. Bulan Mac
  2. Haribulan 23
  3. Jam 8 mlm (20.00 mlm)
  4. Menghadap ke Kutub Selatan

– putarkan cakera kertas agar berkedudukan seperti di bawah :

clip_image012

Disini kita akan dapati buruj yang akan kelihatan paling hampir dengan titik Zenith di sebelah Timur ialah Buruj Hydra

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: