• amimo

  • Kandungan

  • Kategori

  • Archive

  • Flickr Photos

    A bellezza di a natura (C☺rsica)

    JWL5932 Mountain Hare..

    Black and Gold

    More Photos

Water Rocket (Roket Air)

ROKET BOTOL AIR

roket003

Tajuk : Pembinaan roket botol

Objektif : Membina roket botol

roket001

Bahan dan radas : Botol air soda ( 2 dan 0.5 liter ), kadboard tebal, plastesin,  gam, pita pelekat, lipatan berbentuk kon, dan gunting

Kaedah :

1. Pembalut label yang terdapat pada botol ditanggalkan dahulu . Kertas poster yang berbentuk tiub dibalut dan dilekatkan disekeliling badan botol.

2. Ketiga-tiga bilangan sayap yang diperlukan digunting dan digamkan kepada badan botol tersebut.

3. Pacuan hadapan bagi roket dibentuk supaya berbentukkon (nosecone) dengan menggunakan kertas manila kad dan dilekatkan dengan gam atau pita pelekat supaya ia berbentuk dengan elok.

4. Sedikit plastesin ditekan ke dalam bahagian atas kon tersebut.

5. Pacuan hadapan (nosecone ) digamkan atau dilekatkan dengan pita pelekat pada bahagian atas botol.

6. Hias roket sepertimana yang anda kehendaki

PELANCAR ROKET

Tajuk : Pembinaan tapak pelancaran roket

Objektif : Mengkaji pembinaan tapak pelancaran roket

roket002

Bahan dan  Radas: 5 kaki paip CPVC ¾ inci, 7 inci paip CPVC ½ inci, simen PVC, injap tayar  basikal yang lama, beberapa kaki pita pelekat ½ atau ¾ inci, penyambung ¾ inci (45 darjah dan 90 darjah ), 2 penutup berdiameter ¾ inci, gergaji dan sesiku 45 darjah

Kaedah :

1. Paip ¾ inci CPVC sepanjang lima kaki dipotong dengan menggunakan gergaji. Paip tersebut dipotong kepada tiga bahagianyang setiap satunya enam inci , dua inci dan satu bahagianlagi adalah bakidaripada potongan tadi.

2. Lubang sebesar ¼ inci ditebuk pada penutup hujung CPVC yang berukuran ¾ inci dengan menggunakan penebuk. Injap masuk basikal mestilah boleh dimasukkan melalui paip dua inci. Simen PVC disapukan pada bahagian hujung penutup iaitu disekeliling paip dua inci dan pada tapak penyambung paip. Penutup hujung dan paip dua inci diputarkan bersama-sama apabila sambungan injap masuk melalui tadi pastikan ia betul-betul ketat. Dengan memutarkananya akan membantu getah disekeliling tapak lebih kedap. Terbalikkan atas ke bawah untuk memastikan lubang udara tidak dihalang oleh simen.

3. Sesiku 45 darjah ¾ inci digunakan untuk menyambungkan bahagianyang panjang kepada bahagian injap dua inci. Simen PVC diletakkan pada bahagianyang disambungkan dan paip.Ini bagi memastikan bahawa udara tidak keluar semasa ianya dimasukkan.

4. Paip ½ inci sepanjang kira-kira tujuh inci dipotong. Paip ini akan dijadikan sebagai tiang pelancar.

5. ¾ inci atau ½ inci ‘T’ digunakan untuk menyambungkan dua bahagian paip berukuran enam inci setiap satu kepad atapak pelancaran

PEMERHATIAN

Masalah:

Kepala paip tapak pelancaran mengalami masalah kerana tidak ketat dan menyebabkan air yang diisi didalam roket mengalir keluar.

KEPUTUSAN

Percubaan

Sudut (darjah)

Jarak (m)

1. Roket 2 liter

45

23.5

2. Roket 2 liter

45

14.5

3. Roket 0.5 liter

75

11

4 Responses

  1. hoho~~xbley lupe ktrg penah anjurkan prtandingan wat roket botol neyh..:-)

  2. kat mana nak beli pelancar roket air?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: