• amimo

  • Kandungan

  • Kategori

  • Archive

  • Flickr Photos

    Photonic Symphony

    Kuifmees / Crested Tit / Mésange huppée

    6922

    More Photos

1.2 Buruj

clip_image004

1. Ianya sesuatu yang melapangkan dada bila dapat keluar dan duduk memerhatikan langit malam yang gelap pekat sambil memerhatikan langit yang dihiasi bintang-bintang. Lapang rasanya fikiran. Bila dah selalu memerhatikan bintang-bintang itu mungkin kita akan cuba membezakan ciri-ciri pada satu-satu bintang . Untuk memberikan ciri-ciri yang berbeza bagi bintang yang terlalu banyak itu, sememangnya begitu sukar betul tak ? tapi….. belum cuba belum tau!

clip_image002

2. Bagaimana nak mencuba ?….. Begini! Untuk permulaan pencerap amatur perlulah mempunyai sebuah carta bintang (Planisphere). Tanpa carta bintang maka tiada apalah yang mampu kita kaji. Kenapa carta bintang ? …. Kerana kebanyakan bintang yang kelihatan, telahpun dinamakan oleh para ahli astronomi yang terdahulu dan pada carta bintang telah pun dilakarkan corak-corak buruj yang biasa kita lihat.

3. Bintang lazimnya terkumpul didalam kedudukan yang mempunyai corak tertentu di langit. Corak ini merupakan imaginasi pencerap itu sendiri.Corak ini digambarkan seperti mana mitos tamadun tertentu(tamadun China,tamadun India dan Tamadun Greek-Yunani). Corak ini dinamakan Buruj. Untuk mengenali nama-nama bintang maka adalah lebih baik untuk belajar mengenali Buruj-buruj yang popular, yang sememangnya senang untuk dilihat sebagai contoh Buruj Orion.

4. Terdapat 88 buruj yang diiktiraf oleh Persekutuan Astronomi Antarabangsa (IAU, international Astro­nomical Union). Dibawah disenaraikan kesemua buruj-buruj berkenaan.

 

Buruj

Asal-usul

Maksud

1

Andromeda

Ancient (Ptolemy)

Andromeda (Watak Mitos)

2

Antlia

1763, Lacaille

Pam Udara

3

Apus

1603, Uranometria, created bygeyser and de Houtman

Burung syurga

4

Aquarius

Ancient (Ptolemy)

Pembawa air

5

Aquila

Ancient (Ptolemy)

Helang

6

Ara

Ancient (Ptolemy)

altar

7

Aries

Ancient (Ptolemy)

ram

8

Auriga

Ancient (Ptolemy)

Pengendali kereta kuda perang

9

Bootes

Ancient (Ptolemy)

pengembala

10

Caelum

1763, Lacaille

pahat

11

Camelopardalis

1613, Plancius

Zirafah

12

Cancer

Ancient (Ptolemy)

Ketam

13

Canes Venatic

1690, Firmamentum

Sobiescianum,Hevelius

Anjing Pemburu

14

Canis Major

Ancient (Ptolemy)

Anjing Besar

15

Canis Minor

Ancient (Ptolemy)

Anjing kecil

16

Capricomus

Ancient (Ptolemy)

Kambing Laut

17

Carina

1763, Lacaille, split from Argo Navis

keel

18

Cassiopeia

Ancient (Ptolemy)

Cassiopeia (Watak Mitos)

19

Centaurus

Ancient (Ptolemy)

Centaur (Watak Mitos)

20

Cepheus

Ancient ( Ptolemy)

Cepheus (Watak Mitos)

21

Cetus

Ancient (Ptolemy)

Raksasa laut (Ikan Paus)

22

Chamaeleon

1603, Uranometria, created by Keyser and de Houtman

chameleon

23

Circinus

1763, Lacaille

Jangka Lukis

24

Columba

1592, Plancius, split from Canis Major

Burung Merpati Nabi Noh

25

Coma Berenices

1603, Uranometria, split from Leo

Berenice’s lock of hair

26

Corona Australis

Ancient (Ptolemy)

Mahkota Selatan

27

Corona Borealis

Ancient ( Ptolemy)

Mahkota Utara

28

Corvus

Ancient (Ptolemy)

crow

29

Crater

Ancient ( Ptolemy)

Piala

30

Crux

1603, Uranometria, split from Centaurus

southern cross

31

Cygnus

Ancient ( Ptolemy)

Angsa

32

Delphinus

Ancient (Ptolemy)

Ikan Lumba-lumba

33

Dorado

1603, Uranometria,created by Keyser and de Houtman

Ikan emas

34

Draco

Ancient ( Ptolemy)

Naga

35

Equuleus

Ancient (Ptolemy)

little horse (foal)

36

Eridanus

Ancient (Ptolemy)

river Eridanus (mythology)

37

Fornax

1763, Lacaille

Chemical furnace

38

Gemini

Ancient ( Ptolemy)

kembar

39

Grus

1603, Uranometria, created by Keyseran de Houtman

crane (bird)

40

Hercules

Ancient (Ptolemy)

Hercules (mythological character)

41

Horologium

1763, Lacaille

Pendulum clock

42

Hydra

Ancient ( Ptolemy)

Hydra (mythological creature)

43

Hydrns

1603, Uranometria, created by Keyser and deHoutman

lesser water snake

44

Indus

1603, Uranometria, created by Keyser and de Houtman

Indian (American indigenous)

45

Lacerta

1690, Firmamentum Sobiescianum, Hevelius

lizard

46

Leo

Ancient Ptolemy

lion

47

Leo Minor

1690, Firmamentum Sobiescianum, Hevelius

lesser lion

48

Lepus

Ancient (Ptolemy)

hare

49

Libra

Ancient(Ptolemy)

balance

50

Lupus

Ancient ( Ptolemy)

wolf

51

Lynx

1690, Firmamentum Sobiescianum, Hevelius

lynx

52

Lyra

Ancient ( Ptolemy)

lyre

53

Mensa

1763, Lacaille

Table Mountain (South Africa)

54

Microscopium

1763, Lacaille

microscope

55

Monoceros

1613, Plancius

unicorn

56

Musca

1603, Uranometria, created by Keyser and de Houtman

fly

57

Norma

1763, Lacaille

carpenter’s level

58

Octans

1763, Lacaille

mariner’s octant

59

Ophiuchus

Ancient (Ptolemy)

serpent-bearer

60

Orion

Ancient (Ptolemy)

Orion (mythological character)

61

Pavo

1603, Uranometria, created by Keyser and de Houtman

peacock

62

Pegasus

Ancient ( Ptolemy)

Pegasus (mythological winged horse)

63

Perseus

Ancient (Ptolemy)

Perseus (mythological character)

64

Phoenix

1603, Uranometria, created by Keyser and de Houtman

phoenix

65

Pictor

1763, Lacaille

painter’s easel

66

Pisces

Ancient (Ptolemy)

fishes

67

Piscis Austrinus

Ancient ( Ptolemy)

southern fish

68

Puppis

1763, Lacaille, split from Argo Navis

stem

69

Pyxis

1763, Lacaille

mariner’s compass

70

Reticulum

1763, Lacaille

Eyepiece graticule

71

Sagitta

Ancient (Ptolemy)

arrow

72

Sagittarius

Ancient (Ptolemy)

archer

73

Scorpius

Ancient ( Ptolemy)

scorpion

74

Sculptor

1763, Lacaille

sculptor’s workshop

75

Scutum

1690, Firmamentum Sobiescianum, Hevelius

shield (of Sobieski)

76

Serpens

Ancient ( Ptolemy)

serpent

77

Sextans

1690, Firmamentum Sobiescianum, Hevelius

Astronomical sextant

78

Taurus

Ancient (Ptolemy)

bull

79

Telescopium

1763, Lacaille

telescope

80

Triangulum

Ancient ( Ptolemy)

triangle

81

Triangulum Australe

1603 Uranometria, created by Keyser and de Houtman

Southern triangle

82

Tucana

1603 Uranometria, created by Keyser and de Houtman

toucan

83

Ursa Major

Ancient (Ptolemy)

Great Bear

84

Ursa Minor

Ancient (Ptolemy)

Lesser Bear

85

Vela

1763, Lacaille, split from Argo Navis

sails

86

Virgo

Ancient ( Ptolemy)

virgin or maiden

87

Volans

1603, Uranometria, created by Keyser and de Houtman

flying fish

88

Vulpecula

1690, Firmamentum Sobiescianum, Hevelius

fox

5. Beribu tahun dahulu terdapat tamadun manusia yang menamakan buruj sempena nama binatang(china) dan nama-nama dewa (Greek). Tamadun Greek (Ptolemy) telah mengenalpasti 48 buruj dan telah digunakan secara meluas sehingga ke zaman sekarang. Kebanyakan buruj yang telah diberikan nama sejak zaman dahulu itu adalah kumpulan bintang yang terdapat di Hemisfera utara sahaja. Setelah manusia mulai menjelajah ke Hemisfera selatan dan memeulakan penempatan di hemisfera selatan di dapati kumpulan bintang yang berlainan dengan itu negara-negara berkenaan mula mengusulkan buruj-buruj baru yang mereka temui.

Dengan itu tafsiran tentang buruj mula berubah , pada tahun 1922 IAU hanya mempertimbangkan 88 buruj yang telah dimurnikan. Eugene Delporte kemudiannya menetapkan sempadan-sempadan diantara buruj-buruj berkenaan. Penambahan kepada buruj –buruj ptolemy adalah kerana

a. Cadangan daripada negara-negara yang berada di Hemisfera selatan terutama sekali Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

b. Melengkapkan ruang-ruang yang tidak dicartakan didalam buruj Ptolemy.

6. Para ahli astronomi pada zaman sekarang menggunakan buruj juga, tetapi lebih kepada panduan untuk menentukan kedudukan sesuatu objek, sebagai contoh Marikh terletak di Buruj Orion, ianya seolah-olah menyebut Kota Bharu terletak di Negeri Kelantan.Kaedah ini memudahkan lagi perbincangan. Ahli astronomi sekarang telah membahagikan ruang kubah langit kepada 88 zon mengikut buruj yang telah diiktiraf oleh IAU.Pembahagian ini meliputi hemisfera utara dan juga hemisfera selatan Bumi.

7. Cuba lihat dengan teliti planisphere(carta bintang).Terdapat satu garisan putus-putus.Garisan ini ialah garisan Eklip. Garisan Eklip ialah garisan ketara laluan matahari setiap hari sepanjang tahun dan garisan ini berlatarbelakangkan bintang-bintang(buruj). Buruj-buruj yang yang direntasi oleh Matahari ini di Namakan Zodiak. Zodiak ini terdiri daripada 12 Buruj. Nama zodiak ini adalah sama dengan nama-nama Horoskop.

Zodiak

Kedudukan Ekliptik

Tarikh Matahari Berada Dalam Zodiak

1.Hamal (Aries)

0-30

21 Mac Hingga 20 Apr

2. Thaur (Taurus)

30-60

21 Apr Hingga 21 Mei

3. Jauza (Gemini)

60-90

22 Mei Hingga 21 Jun

4. Saratan (Cancer)

90-120

22 Jun Hingga 23 Jul

5. Asad (Leo)

120-150

24 Jul Hingga 23 Ogos

6.Sunbullah (Virgo)

150-180

24 Ogos Hingga 23 Sept

7. Mizan (Libra)

180-210

24 Ogos Hingga 23 Okt

8. Aqrab (Scorpius)

210-240

24 Okt Hingga 22 Nov

9. Qaus (Sagittarius)

240-270

23 Nov Hingga 21 Dis

10. Jadi (Capricorn)

270-300

22 Dis Hingga 20 Jan

11. Dalu (Aquarius)

300-330

21 Jan Hingga 19 Feb

12.Hut (Pieces)

330-360

22 Feb Hingga 20 Mac

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: