• amimo

  • Kandungan

  • Kategori

  • Archive

  • Flickr Photos

    Photonic Symphony

    Kuifmees / Crested Tit / Mésange huppée

    6922

    More Photos

1.1 Sudut Pandang Pencerap

1. Langit mempunyai banyak nama antaranya cakerawala, samawi,kura dan celestial

2. Pada zaman dahulu langit dianggap sebagai kubah berbentuk sfera yang besar dan dihiasi oleh bintang-bintang yang bersinar dan bergemerlapan di waktu malam, manakala pada waktu siang pula ianya diterangi oleh cahaya matahari.

3. Ahli astronomi menggunakan kubah ini untuk menentukan kedudukan bintang-bintang dan galaksi dan dengan memplotkan laluan matahari,bulan dan planet sepanjang tahun.

clip_image002

4. Walaupun kedudukan bintang itu tidak sama jaraknya dengan Bumi, tetapi pencerap dizaman dahulu menganggapnya sama dan tersusun pada permukaan yang sama dan bersebelahan duduknya.

5. Dengan kajian yang mendalam oleh ahli astronomi maka hari ini kita begitu pasti tentang kedudukan bintang-bintang adalah terlalu jauh berbanding dengan planet-planet dan matahari.

clip_image004

6. Dahulu ahli astronomi menganggap Kubah Langit itu yang berputar manakala Bumi berada dalam kedudukan yang statik, dan putaran kubah langit ialah ke sebelah Barat, dan kubah langit itu berputar diatas paksi kubah itu sendiri dengan Utaranya adalah sama dengan Utara Bumi. Putaran Kubah langit menyebabkan peredaran bintang-bintang, Matahari dan Bulan.

7. Hari ini kita juga tahu tentang putaran Bumi yang menyebabkan siang dan malam. Ini adalah kerana Bumi berputar dari barat ke Timur. Dan peredaran bumi mengelilingi Matahari menyebabkan kejadian musim.

Teori Dahulu

Teori Kini

Langit berbentuk Kubah

Langit adalah infinit

Kedudukan bintang tertampal pada permukaan langit dan duduk bersebelahan antara satu sama lain

Bintang-bintang mempunyai jarak yang bebeza-beza antara satu sama lain

Kubah langit dan isinya yang berputar dan beredar mengelilingi Bumi yang statik

Bumi yang berputar pada paksinya dan beredar mengelilingi Matahari.Manakala Langit @ Kubah Langit tidak berputar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: