• amimo

  • Kandungan

  • Kategori

  • Archive

  • Flickr Photos

    Photonic Symphony

    Kuifmees / Crested Tit / Mésange huppée

    6922

    More Photos

Paralaks

Penglihatan adalah anugerah yang tak ternilai kepada manusia. Dengan penglihatan kita dapat mengembangkan kemanusiaan. Penglihatan yang sebegini penting juga mempunyai kecacatan, namun kecacatan ini tidak menghadkan usaha untuk mengembangkan kemanusiaan.

Keacacatan itu di istilahkan sebagai “ralat paralaks”.Perkataan paralaks ini selalunya kita terjumpa didalam buku-buku fizik dan astronomi. Paling tidak kita akan menyebutnya semasa belajar fizik didalam tingkatan empat.

Paralaks didefinasikan sebagai perubahan ketara objek jauh apabila dilihat dari dua kedudukan berbeza (an apparent displacement of a distant object when viewed from two different positions)* .Istilah ini berasal daripada Greek παράλλαξις (parallaxis), yang bermaksud "perubahan".

1. Perhatikan kaadaan ini,bila kita melihat dengan menggunakan dua belah mata ke atas sesuatu objek kita akan dapat mengagak kedudukan/jarak sesuatu objek samada iauh ataupun dekat. Pandangan dan kesimpulan yang kita buat itu adalah merujuk kepada latar belakang objek tersebut. Ini kerana kita dapati bahawa objek yang jauh kita akan dapati ianya lebih kecil berbanding dengan objek yang dekat.

2. Begitu juga dengan fenomena paralaks, untuk itu lihat(renung) objek dibawah dengan 

  (a) menggunakan kedua-dua belah mata kemudian

  (b) Lihat dengan mata kanan (tutup mata kiri) kemudian

  (c) lihat dengan mata kiri (tutup mata kanan)

clip_image001

Perbincangan:

Apabila di tutup sebelah mata secara berselang seli kita akan dapati kedudukan bintang biru berubah mengikut mata yang ditutup. Tetapi seperti mana semua maklum bahawa bintang berwarna biru itu tidakpun berubah kedudukan – perubahan inilah yang di namakan sebagai paralaks.

3. Kaadaan seperti berikut juga merupakan suatu kaadaan yang disebabkan oleh paralaks.

imagePerbincangan:

Seandainya pemerhati bergerak dari kedudukan 1 ke kedudukan 2 maka pemerhati melihat seolah-olah objek A bergerak dari petak merah ke bulatan biru, tetapi sebenarnya objek A adalah tidak bergerak, hanya pemerhati sahaja yang bergerak

One Response

  1. […] Parallax errors – occur when the position of the eye is not perpendicular to the […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: