• amimo

  • Kandungan

  • Kategori

  • Archive

  • Flickr Photos

    A bellezza di a natura (C☺rsica)

    JWL5932 Mountain Hare..

    Black and Gold

    More Photos

Pembinaan Teleskop Dobson

Berikut ini adalah pembinaan teleskop Dobson 6”.Di bawah ini dijelaskan dengan terperinci bagaimana membina teleskop Dobson dan kebanyakan unit yang digunakan adalah inci kerana ianya lebih mudah ketika berurusan dengan kedai-kedai yang menjual barangan tersebut.Semua peralatan cermin dan eyepieces saya dapatkan daripada infinity infocus.

PELAN TELESKOP clip_image001

GAMBARAJAH PEMOTONGAN PLYWOOD UNTUK BADAN TELESKOP.

Plywood setebal 3/4" —Dipotong mengikut saiz-saiz ini:

Parts A (2 keping)–Bahagian atas dan bawah  tube box) 8-1/2"x 8-1/2"

Parts B (4 keping)–(Bahagian sisi-tube box; Cradle Boards) 8-1/2"x 10"

Parts C (7 keping)–(Rocker Box, Ground Board) 12-1/2"x 13-3/4"

Parts D (3 Keping)–(tapak bawah) 1-1/2"x 1-1/2"

Part E (1keping)–(tailgate) 6"x 6"

Parts F (4 keping)– (Mirror Blocks)1"x 4"

Parts G (2 keping)–(Bulatan berdiameter 5" ; untuk Altitude Bearings dirusuk kiri dan kanan)

Untuk pelan penuh pada plywood boleh rujuk gambar dibawah:

clip_image002

Untuk lebih mudah bahagian-bahagian ini bolehlah meminta kedai Hardware memotongnya 

D. SENARAI BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN.

Senarai bahan-bahan

·         Tiub PVC 8" (1): Dipotong sepanjang 750mm. Yakni mengikut jarak fokus cermin objektif. Hendaklah dipastikan diameternya sentiasa sama apabila memotong.

·          Papan lapis: 4′ x 8′ x 3/4". Dipotong mengikut pelan di atas.

·         Gam Kayu: Satu tin gam kayu. Digunakan untuk melekatkan bahagian-bahagian kayu yang telah dipotong

·         Skrew : Saiz #8, panjang 3/4" . satu dozen.

·         Paku: 1/2" seringgit.

·         Mesin Bolts (3): tiga bolts, 1" panjang; 3/8"  diameter.

·         Plat politina:Didapati daripada makmal.

·         Batang penyapu:Batang penyapu kayu 3" panjang, berdiameter  1-3/4" .

·         Thumbtacks (3)

·         Beg tangan kulit terpakai : Dipotong tiga bahagian— 1/2" luas. 

·         PVC 2":Dipotong setinggi 2" . Untuk dijadikan tapak tempat pemegang eyepieces.

·         Papan Lapis nipis: 4"x 2" luas, dengan lubang berdiameter 2" ditengah-tengahnya.

·         Telescope Objective Mirror (1)

·         Telescope Diagonal Mirror (1)

·         Pemegang Eyepiece (1)

·         Eyepiece (1)

Alat-alat yang diperlukan

·         Tukul

·         Gergaji (Gergaji meja dan Jigsaw ).

·         Drill dan 1/4", 7/16",1/2",3/32" Drill Bits.

·         Pita pengukur cm dan inch

·         Kompass

·         Screwdrivers

·         Paku

PEMASANGAN TELESKOP DOBSONIAN

Kaedah-kaedah menyediakan Teleskop Dobsonian

Seksyen A

1. Kaedah-kaedah penyediaan tiub teleskop

clip_image003

-Tiub PVC berdiameter 8" diukur dan di potong sepanjang 750mm

 

2. Kaedah-kaedah penyediaan SPIDER

clip_image004

– Batang penyapu dipotong sepanjang 10 cm panjang.

– Di bahagian sisinya di buat alur , jarak diantara tiga alur ini adalah 120°.

– Ianya dipotong serong 45° di salah satu bahagian hujungnya.

3 jalur politina disediakan

 

clip_image005

 

clip_image006

– Ke tiga-tiga Jalur politina dimasukkan ke dalam setiap satu alur tersebut.

clip_image007

   Hasil daripada pemasangan di atas adalah seperti ditunjukkan di sebelah.

   Oleh kerana spider ini akan dimasukkan kedalam tiub PVC maka lebihan kakinya perlu di potong .

   Untuk memotong kakinya, jangka lukis digunakan untuk mengukur  panjang jejari dan ditandakan pada kaki spider, lebihan jalur politina di potong

clip_image008

3. Melekatkan cermin sekunder pada SPIDER.

  – kulit(bhg beg kulit, dipotong 1/2" diameter) dan bahagian atas dan bawahnya digamkan kemudian dilekatkan pada bahagian kayu yang dipotong serong.

clip_image009

clip_image010

Cermin dilekatkan pada bahagian atas kulit itu .

clip_image011

4. Membina dan memasang silinder kanta mata.

Selinder PVC berdiameter 2" setinggi 2 cm dipotong dan ianya digamkan kepada papan lapis nipis 2"x 4".

clip_image013

 Untuk memotong lubang pada tiub teleskop gambarajah diatas boleh dijadikan panduan.

            A + B = Jumlah panjang fokus cermin primer

            C        =  Tebal bahagian belakang cermin primer

D        =  Bahagian belakang tiub teleskop hingga ke tengah-tengah lubang  pemfokus

R        =  Jejari tiub teleskop

Fht +1" = tinggi pemfokus ditambah 1"  

Nilai B diperolehi dengan

clip_image014

 Ukur dan tandakan titik tengah dimana sepatutnya ditebuk.

clip_image015Kemudian dengan penebuk lubang ditebuk dengan diameter 2"

Setelah lubang ditebuk selinder kanta mata tadi di masukkan  kedalam lubang tersebut.

clip_image016

   Pandangan dari dalam tiub teleskop setelah selinder kanta mata dipasangkan.

clip_image017                          

Kemudian tapaknya diskrewkan seperti didalam gambarajah di atas

Kanta mata dibeli daripada pembekal bersama-sama dengan pemegangnya sekali kemudian dipasangkan kepada tiub selinder dan bahagian sisinya diskrew sekali lagi supaya ia ketat.  

5.Memasang dan menyelaraskan SPIDER ke dalam tiub teleskop


clip_image018


  Spider yang siap terpasang di masukkan kedalam tiub teleskop dan disesuaikan dengan lubang yang telah ditebuk tadi.

Section B

Kaedah-kaedah menyediakan tapak cermin primer tiub teleskop

clip_image019 1.Sebuah papan lapis berbentuk segiempat yang 6"´6" disediakan.

clip_image020

2.Dengan menggunakan janka lukis , sebuah bulatan yang  diameter nya 2” lebih kecil daripada diameter kanta objek dilukis diatas papan itu. Bahagian hujung bucu itu dibuang (yang lebih dari diameternya di buang)

clip_image021Kemudian pada papan lapis diatas dilukis pula bulatan 2" lebih kecil daripada diameter cermin objektif . Pada bulatan tersebut ditandakan 6 titik yang sama jarak (360°/6). Daripada 6 titik berkenaan  tiga titik  sahaja dipilih untuk ditebuk lubang. Tiga titik tadi mestilah membentuk segitiga.

clip_image022

3.Kemudian ,sebuah karbod nipis dipotong dalam bentuk segitiga dalam digamkan  pada papan lapis itu.

clip_image023

Kaedah-kaedah memasang cermin ke dalam tiub teleskop

1.Empat buah ‘Mounting blocks’  diletakkan pada tiub. ‘Mounting blocks’ disediakan seperti gambarajah.

clip_image025

2.Kemudian ianya dipasangkan kedalam  tiub teleskop seperti dalam gambarajah.

clip_image026

 

Memasang ”Mounting blocks” ke dalam tiub teleskop

clip_image0271.Mounting blocks dipasang dengan menebukkan lubang dan memasang skru.

 

 

clip_image0282. Ia diskrukan pada tiub teleskop dengan rapi

 

 

clip_image029

Memasang tapak cermin primer  tiub teleskop

1.Setelah ”Mounting blocks” diskrukan ,tapak cermin primer tiub teleskop boleh dipasang. 

clip_image0302.Setelah tapak itu dipasang, skru dipasang pada 4 lubang yang telah ditebuk untuk meneguhkan lagi kedudukan tapak cermin berkenaan.

Memasang cermin primer  ke dalam tiub teleskop

clip_image0291.Sekarang masa untuk memasang kanta dalam tiub teleskop telah tiba. Dinding belakang tiub teleskop dibuka ,dan kanta dimasukkan dan dilaraskan pada Mounting blocks. Kemudian, tapak cermin ditutup semula.

Section C:

Memasang dan membina kotak tiub teleskop

clip_image031

1.Sebuah kotak tiub teleskop (tube box) disediakan.

2.Dikedua-dua sisi tube box,side bearings ,iaitu keratan papan berbentuk bulat dipakukan ditengah-tengahnya

3.Kemudian, tiub teleskop dimasukkan kedalam tube box ini.  

Membina dan memasang ”Rocker box”

1.Sebuah  "Rocker box” dipasang seperti dalam gambar rajah.

clip_image0322. Bahagian bawahnya dilapik dua papan lapis.

3.Gam dan paku digunakan dalam kerja membinanya

4.Kemudian, ditengah-tengah tapaknya ditebuk lubang supaya boleh dimasukkan bolt dan nut.Bolt dan nut  itu berfungsi dalam membenarkan kotak rocker berputar mengikut arah kiri atau kanan.

clip_image033 

Rajah di sebelah menunjukkan tapak bagi rocker box dan dimana sepatut ditebuk lubang bagi memasang bolt dan nut.

clip_image034

Pandangan  di bahagian bawah tapak dengan tiga daripada empat penjuru diletakkan kakinya.

Menyediakan papan penyokong side bearing serta menyelaraskan tiub teleskop

clip_image035

1.Dua biji ”cradle boards”dipotong dalam bentuk-V,khasnya untuk menyokong’side bearing’ (bulatan ).

2.Ia dipotong sebanyak 60°,dalam bentuk-V 

Memasang papan penyokong pada kotak Rocker

clip_image037 

1.Setelah dipotong ‘cradle board’ dipakukan/ diskru pada bahagian sisi’Rocker box’.

2.Selepas itu ,’tube box’ dipasangkan keatas ‘Rocker box’.

clip_image0383.Kemudian, tiub teleskop dipasangkan kedalam tube box

4.Kini ,pemfokusan boleh dijalankan tanpa sebarang gangguan untuk mendapat imej objek yang nyata, songsang dan kecil

5.Teleskop Dobsonian telah pun siap dan lengkap

Source.

1.      http://members.aol.com/sfsidewalk/intro.htm

2. http://www.cnde.iastate.edu/staff/jtroeger/astronomy.html

3.      http://www.netaxs.com/people/mhmyers/moon.tn.html

 

2 Responses

  1. bijok la cgu nih
    bleh wak sy satu teleskop dobson?
    cgu baik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: