• amimo

  • Kandungan

  • Kategori

  • Archive

  • Flickr Photos

    Photonic Symphony

    Kuifmees / Crested Tit / Mésange huppée

    6922

    More Photos

Teleskop Matahari Terbesar Di Dunia

Menjulang tinggi di pulau Maui,Hawai adalah sebuah gunung berapi Haleakalā, berketinggian 10,023 kaki, ia adalah sebuah gunung berapi aktif yang mana puncak kalderanya sungguh dramatik dan berjaya menarik pelancong seramai 1.3 juta pada setiap tahun. Ketika pengunjung tersebut menyaksikan ketakjuban alam di sekelilingnya, mereka tidak dapat tidak untuk memperhatikan kompleks balai cerap besar dekat dengannya – Bukti kepada kesungguhan dalam bidang kajian astronomi.

Solar ATST balai cerap di Haleakala

Gambar atas:Advanced Technology Solar Telescope (AATST) dibina di atas Haleakala di pulau Hawaii Maui dan akan siap sepenuhnya untuk beroperasi pada 2017. Di Sebelah kanan adalah Mees Solar Observatory, dibina pada tahun 1964.(gambaran artis) Tom Kekona / KC Enviromental

Dalam budaya Hawaii, Haleakalā  dianggap sebagai suci "Rumah Matahari." Bertepatan dengan nama itu para ahli astronomi berharap ia dapat menjadi sebuah balaicerap terbesar di dunia dan balai cerap paling hebat yang didedikasikan untuk mengkaji bintang ( Advanced Technology Telescope Solar.)
Pada tarikh 22 Januari, National Science Foundation mengumumkan pemilihan Association of Universities for Research in Astronomy untuk membina ATST. Perjanjian selama 8 tahun ini menelan kos berjumlah $ 298 juta dolar, cukup untuk membina balai cerap dan empat peralatan "First light" .

Surya ATST observatorium cutaway

Advanced Technology solar Telescope akan memiliki cermin utama 13 kaki (4 m) secara melintang dan membuatkan pandangan terhadap Matahari dengan resolusi 0.1arcsecond.
National Solar Observatory / L. Phelps

Pemasangan cermin utama 13 kaki (4 m) memerlukan teknik optik yang tinggi, yang kemudiannya kumpulan ATST akan dapat melihat matahari dengan resolusi sebesar 0.1 arcsecond, sementara itu ia akan merangkumi spektrum daripada 350 nm ultraviolet hingga 28 mm Inframerah. Spesifikasi yang menakjubkan seperti ini membolehkan para astronomer untuk membuat cerapan yang belum pernah dibuat sebelum ini dan ia juga dapat membuat pengukuran medan magnet di fotosfera, chromosfera dan bahkan korona yang sangat samar.
ATST akan bergabung dengan US Air Force’s 3,7 m Advanced Electro-Optical System (AEOS) dan GEODSS , dan 2-m Faulkes Telescope North.

Mees Solar Observatory, ditubuhkan pada tahun 1964, ia adalah balai cerap profesional pertama dibina di puncak ini. Pun begitu semasa AURA ini mulai dibina, ianya tidak menggembirakan semua orang di Pulau tersebut. Meskipun para ahli astronomi memilih Haleakalā ini pada tahun 2004 daripada lebih daripada 70 tempat dan projek ini telahpun  lulus kajian alam sekitar, tetap juga ada beberapa pemimpin budaya di Maui terus menentang ATST.
Perwakilan dari National Science Foundation telah berusaha untuk menyelesaikan perbezaan pendapat ini dengan berjanji untuk membiayai Maui Community College dan kegiatan pendidikan lainnya yang melibatkan penduduk asli Hawaii. Perbincangan dengan penduduk pulau ini masih sedang berlangsung. tetapi projek mempunyai satu rintangan terahi iaitu belum mendapat permit daripada Hawaii’s Board of Land and Natural Resources proses mendapatkan permit ini mungkin memerlukan masa berbulan-bulan untuk diluluskan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: