• amimo

  • Kandungan

  • Kategori

  • Archive

  • Flickr Photos

    A bellezza di a natura (C☺rsica)

    JWL5932 Mountain Hare..

    Black and Gold

    More Photos

Hubble menunjukkan Pluto menjadi kemerahan

 

Foto terbaru Pluto diambil oleh Teleskop Angkasa Hubble
Walaupun ada perubahan warna, ais Pluto tetap beku dan tidak aktif

Saintis NASA mengatakan bahawa planet kerdil Pluto, di hujung sistem solar kita, menjadi semakin merah.

Gambar yang diambil oleh teleskop Hubble menunjukkan bahawa planet tersebut 20% lebih merah daripada yang dahulu.

Para ahli mengatakan mereka percaya ini adalah kerana perubahan pada permukaan Pluto. Ais di Pluto ketika ini sedang memasuki fasa baru daripada 248-tahun-orbit pluto yang panjang.

Gambar baru ini menunjukkan nitrogen beku di utara menjadi lebih bersinar manakala ianya menjadi lebih gelap di selatan.

"Perubahan-perubahan ini berkemungkinan besar akibat daripada permukaan ais yang mencair pada kutub utara yang diterangi matahari dan kemudian kembali beku pada kutub yang lain," NASA’s Space Telescope Science Institute.

beberapa ahli astronomi amat terkejut dengan perubahan ini.

"Ini sedikit mengejutkan untuk melihat perubahan-perubahan ini berlaku begitu besar dan begitu cepat," kata Marc Buie, dari Southwest Research Institute. "Ini belum pernah terjadi sebelumnya."

Pada tahun 2006, Ahli astronom melucutkan Pluto daripada statusnya sebagai planet penuh, meletakkannya sebagai sebuah planet kerdil.

Lebih jauh dan jauh lebih kecil daripada lapan planet "tradisional" yang lain dalam sistem suria kita, Pluto – hanya berdiameter 2.360 km (1.467 batu) lebih kecil daripada sesetengah bulan.

Warna kemerahan ini dipercayai tidak mempunyai kesan yang ketara terhadap suhu Pluto, permukaan Pluto sangat sejuk iaitu disekitar -233C (-382F).

Source:http://news.bbc.co.uk/2/hi/science/nature/8499660.stm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: